Saturday 7 June 2014

Download : Terjemahan Ringkasan Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alayhi wa sallam

Alhamdulillah.
Dengan kekuatan dan hidayah yang diberikan oleh Allah azza wa jalla, saya telah menyiapkan terjemahan untuk risalah 'Ringkasan Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alayhi wa sallam' oleh Syeikh Majdi bin Abdil Wahhab al Ahmad.
Risalah ini merupakan ringkasan daripada kitab 'Sifatu Siyamin Nabiy Shallallahu 'alayhi wa sallam fi Ramadhaan' karangan asal oleh Syeikh Ali bin Hasan al Halabi dan Syeikh Salim bin Eid al Hilali.

Monday 2 July 2012

Thursday 21 June 2012

Perjalanan ini

(Ust Abd Aziz, Aku, Musa)

Alhamdulillah. Syukur kepadaNya. Diri ini dijemput ke Baitillah. Alhamdulillah. Satu perjalanan yang banyak memberi makna dalam diri ini. Mungkin satu perubahan. Perubahan dalam hidup ini. Moga aku dan kita semua tidak pernah dibiarkan kesunyian tanpa petunjukNya dan kekuatan daripadaNya. Semua yang berlaku telah diatur oleh Allah yang Maha Mengetahui. Yang Maha Pengasih.

Friday 18 May 2012

The Nipah's Story


2 minggu lepas. Aku sangka aku dah tak akan kembali ke "Maahad Terchentaku" di MTS Al-Muhammadi. Tapi, perangcangan Tuhan Yang Maha Esa adalah segala-galanya. Kali ini aku sampai di stesen bas Kota Bharu, pada waktu subuh, agak lewat.

Friday 27 April 2012

Segenggam Tabah


Siapa sangka sampai juga aku ke bumi Johor. Huhu. Dah lama tak sampai sini. Jumaat depan insyallah ke Kelantan pula.  Dengan usia aku yang masih setahun jagung ini. Terasa terlalu kerdil untuk meredah semua ini sendirian. Masih merasa kehilangan. Sesuatu kehilangan yang paling terkesan pada aku. Kehadiran teman-teman sentiasa membuat aku merasa ada yang menemani perjuangan ini. 

Saturday 21 April 2012

Warkah penyejuk buat hati

Di rumah Musa

Dalam perjalanan pulang. Teringat akan seorang sahabat karibku di MTS Nurul Aman. Moga dia terus cekal dan kuat untuk berada di MTS. Oh ya, mereka cuti esok.Aku mesti ke sana. Telefon bimbitku  lantas dicapai.