Thursday 21 June 2012

Perjalanan ini

(Ust Abd Aziz, Aku, Musa)

Alhamdulillah. Syukur kepadaNya. Diri ini dijemput ke Baitillah. Alhamdulillah. Satu perjalanan yang banyak memberi makna dalam diri ini. Mungkin satu perubahan. Perubahan dalam hidup ini. Moga aku dan kita semua tidak pernah dibiarkan kesunyian tanpa petunjukNya dan kekuatan daripadaNya. Semua yang berlaku telah diatur oleh Allah yang Maha Mengetahui. Yang Maha Pengasih.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (39:53)

Diri ini merupakan manusia biasa. Bermaksiat, lalu bertaubat. Maksiat, dan bertaubat. Itulah kita. Tidak akan  pernah lekang dari dosa. Namun, Hidayah dan Tawfiq itu milikNya. Memohonlah kita, agar tidak sesat dan sentiasa kuat untuk melakukan perintah dan meninggalkan laranganNya. Juga moga taubat kita diterima, dan tak akan mengulangi kembali dosa yang pernah dilakukan kerana kejahilan. Kita yang terlalu jahil, tidak lupa akan janjiNya. 

Banyak cerita di Madinah, Makah dan Colombo. Kelantan juga. Moga aku mampu kembali ke Haramain, dijemputNya lagi. Menuntut ilmu, mendekatkan diri kepadaNya.
Moga niat ini sentiasa keranaNya. Allah, Ampuni kami.

Juga cerita hati ini. Tak mampu lari dari fitrahnya. Hakikatnya, memang tak perlu lari. Cuma perlu mengawal,  agar tidak menurut nafsu jiwa yang tercela. Jalan yang ditetapkan Allah telah ada. Mengapa perlu terburu-buru? Moga hati ini dapat dipujuk. Agar tidak terlalu gopoh. Tuhan Mendengar rintihan hati ini. Yang terbaik, telah ditetapkan olehNya. Amin.

p/s: Aku letak gamba aku bersama-sama Ustaz Abdul Aziz dan Musa. Mereka merupakan insan-insan yang banyak mendorong perubahan dalam diri ini. Ustaz Aziz, murabbi 'alim  yang tak pernah jemu mentarbiyah generasi muda. Agar mengamalkan Islam, ilmu yang dipelajari. Moga Allah memberikan keampunan dan rahmatNya buat beliau dan kita semua... Amin. :)

1 comment:

  1. Tiga hal yang mestia ad dalam cinta : akhlak yang baik(husnul khulq) , baik dalam berteman atau suka menolong(Husnu al-Rafq) , dan rendah diri(Tawadhu') Imam Ali

    ReplyDelete