Friday 18 May 2012

The Nipah's Story


2 minggu lepas. Aku sangka aku dah tak akan kembali ke "Maahad Terchentaku" di MTS Al-Muhammadi. Tapi, perangcangan Tuhan Yang Maha Esa adalah segala-galanya. Kali ini aku sampai di stesen bas Kota Bharu, pada waktu subuh, agak lewat.
Niatnya, ingin berjalan kaki ke Kg. Sireh, rumah Wan Ahmad, tapi, aku cuma sampai sekerat jalan kerana aku berhenti rehat dan sarapan di warung berhampiran stadium. Haha. Penat, lapar, mengantuk, semuanya ada. Mujur, ada satu SMS daripada sahabat aku ini,

"Mu d0p man0? Mai nk p fetch"

Tersenyum sendirian, haha. Terus, aku ke rumahnya. Petang tu spend time dengan sahabat-sahabat di KB Mall. Di sini, lebih banyak cerita. Namun mungkin tak perlu aku ceritakan di sini.


Berjumpa seorang lagi sahabat karibku saudara Musa yang bermalam di Kg. Sireh. Petang itu, kami ke Bachok, atau lebih tepat, Kg. Nipah. 2 hari di Kelantan terasa sebentar. Kerana hakikatnya memang sebentar. Haha. Mengarut dah ni. Kami sampai Maghrib,  terus masuk ke halaman maahad tercinta. Kelihatan segelintir wajah-wajah asing, desus aku di dalam hati, "Mungkin ini pelajar-pelajar tingkatan 1. Moga berjaya dan selamat berjuang."


Bermalam di Rumah "mok" kami. Mak cik Mah. Sarapan juga disitu. Sejurus itu, ke pantai pula. Merasai pukulan ombak yang dirindui. Tak banyak yang mampu aku bicarakan cuma gambar yang berkata-kata. Membawa seribu makna. Kenangan yang terpahat kukuh. Terus utuh. Tak luntur.

Pantai Nipah. :) 

4 comments: