Siapa sangka sampai juga aku ke bumi Johor. Huhu. Dah lama tak sampai sini. Jumaat depan insyallah ke Kelantan pula. Dengan usia aku yang masih setahun jagung ini. Terasa terlalu kerdil untuk meredah semua ini sendirian. Masih merasa kehilangan. Sesuatu kehilangan yang paling terkesan pada aku. Kehadiran teman-teman sentiasa membuat aku merasa ada yang menemani perjuangan ini.
Kekuatan itu dariNya Yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana. Semua telah diatur olehNya sebaiknya. Sungguh, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sekali lagi, kekuatan itu dariNya. Maka pohonlah. Pohonlah. Ya Tuhan... Bimbing aku. Bimbing aku. Bimbing aku. Aku sesat tanpa petunjukMu. Berikanlah aku petunjukMu Ya Rabb.
p/s: Buat halwa telinga. Juga yang memotivasika hati. Segenggam Tabah - In Team. Hadiah dari seorang teman. Ariff Iqbal. Layan, track ke 4 dalam playlist lagu. ;)
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
hoho....lagu penguat jiwa...teruskan berjuang..!!!
ReplyDeleteJazakallah :) Moga tautan ukhwah kita kekal selamanya ^_^
ReplyDelete