Saturday 21 April 2012

Warkah penyejuk buat hati

Di rumah Musa

Dalam perjalanan pulang. Teringat akan seorang sahabat karibku di MTS Nurul Aman. Moga dia terus cekal dan kuat untuk berada di MTS. Oh ya, mereka cuti esok.Aku mesti ke sana. Telefon bimbitku  lantas dicapai. 

Membuat panggilan ke MTS. Huhu, nasib baik kredit ada lagi.

Keesokannya Jumaat. Ayah aku bersama keluarga menghantarku ke rumah Musa. Satu lagi pengorbanan ibu bapa yang sering diabaikan anak-anak. Sudah sememangnya itu tanggungjawab mereka, namun mereka juga punya kerja yang perlu diselesaikan selain daripada menunaikan kehendak kita, anak-anak mereka. Bukan begitu?

Kita bersyukur mempunyai ibu bapa seperti mereka. Mungkin kadang-kala mereka terlepas atau mengguris rasa di hati kita. Namun sedarkah kita akan pengorbanan mereka? Apalah sangat perasaan kita ini jika dibandingkan dengan pahit jerih yang mereka lalui sepanjang membesarkan kita sehingga kita mampu merasakan gurisan perasaan itu. Tanpa mereka, mungkin kita tidak pernah mengenal hidup ini. Biarlah, pahit, manis, suka, duka yang dirasa. Kerana itulah kehidupan. Kisah yang mewarnai hidup ini agar lebih bermakna. Setiap sesuatu ada hikmahNya. Dan ia tidak berlaku tanpa keizinanNya Yang Maha Esa. Sungguh, cintailah ibu bapamu selagi mereka masih mampu mencurahkan kasih sayang mereka. Sedarlah, kasih sayang ibu bapa tiada tandingan. Sesungguhnya, ibu bapa telah dimuliakan oleh agama ini. Cuma kita yang menganggap kita sudah cukup memuliakan mereka.

Rasulullah S.A.W berpesan dalam sabdanya:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa" 


Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

Juga dalam surah Al-Isra' Allah S.W.T berfirman:

 “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” 
 (Surah Al-Israa’, ayat 23-24)


Moga aku mampu menjadi anak yang soleh dan berbakti sebaiknya kepada ibu bapaku tercinta. Moga dosaku dan ibu bapaku yang disedari atau tidak disedari terampun. Amin.

Begitulah perjuangan ini. Tidak pernah lekang daripada mehnah dan tribulasi. Kecekalan dan ketabahan hendaklah dibina. Bukan ditunggu. Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Seperti kita semua, kini hidup. Mungkin esok atau lusa sudah pergi untuk Rehlah Abadi.. :) InshaAllah. Amin. Mari bersama tingkatkan amal.

Badrul dan akhi n akhowat Musa.


^_^
#Ikut Syariat, Iman Selamat. Takbir!!

No comments:

Post a Comment