Thursday 19 April 2012

Lembaran seterusnya


Bahang sinaran matahari yang terik jelas terasa. Terlalu hangat. Aku sendiri hilang arah. Menunggu bas untuk ke Shahab Perdana teralu lama. Tak mengapa.  Aku terus menunggu. Sambil berfikir, perancangan aku seterusnya.

Mungkin kerana aku terlalu asyik memikirkan cita-citaku sehingga Allah telah menemukan aku dengan satu rakaman Khutbah Jumaat Dr. Abdul Basit a.k.a Abu Anas Madani yang intipatinya berkaitan dengan kitab Rehlatul Khulud karangan Dr Mustofa Murad. Penyampaian khutbah yang begitu mendalam maksudnya jika benar-benar dihayati. Kehidupan ini yang fana. Syurga buat mereka yang terlalu mengejar. Medan perjuangan buat kita yang berusaha untuk meraih kemenangan di Negeri Akhirat kelak. InsyaAllah.

Dua potong ayat buat perkongsian:

" Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya? Maka kepunyaan Allah yang kesudahan dan yang permulaan." (Surah An-Najm 24-25)

Mari merenung dan hayati sedalam-dalamnya ayat ini.

 Seketika aku terdetik untuk menamakan semula blog ini dengan nama Rehlah Abadi. Entah mengapa. Rehlah Abadi hanya di akhirat kelak. Mari korbankan kehidupan ini kepada pencipta kita Yang Maha Pencipta. Mari lupakan masa lalu yang menambah penyakit yang bersarang di hati. Walau sedalam mana rindumu. Walau seindah mana saat itu. Walau semanis mana kenangan itu, sedarlah, ia tak akan kembali.

Kini, kisah di Maktab Mahmud telah bermula. Kisah-kisah di MTS Al-Muhammadi dan MTS Nurul Aman aku sisipkan di hati ini sebagai satu bingkisan rindu. Moga tautan ukhuwah yang dijalinkan tidak akan terputus selamanya. Aku sedang cuba yang tebaik untuk hari ini. KUATkan diri! Allah SENTIASA ada bersama kita. Jika kesabaran, iman dan taqwa menjadi acuan jalan cerita . Jangan terlalu memikirkan masa depan. Lambat laun akan tiba jua. Sama ada masih di dunia ini atau telah pergi untuk Rehlah Abadi...


No comments:

Post a Comment