Wednesday 14 March 2012

Kerana aku seorang insan


bila diri ini terus memberanikan diri,
mengatur tapak dalam setiap langkah,
di saat menyusuri denai ke medan perjuangan,
sehingga tiba ke medan,
persoalan ini sering saja membuat aku terasa bingung,
kepada siapa seharusnya aku ajukan soalan ini?
kepada siapa?
ah, mungkin utamanya kepada diri ini sendiri,
kerana aku seorang insan.


pesan ayah, jangan terbang terlalu tinggi,
bila terjatuh baru terasa kelatnya,
sekelat mana pun rasa itu ia harus ditelan,
kerana aku seorang insan,

hidup tak seindah impian,
sedang insan yang berada di tempat yang kita impikan tak pernah mengimpikannya,
impian adalah impian yang mungkin sekadar cita,
kerana aku seorang insan,

tak salah menyulam impian,
cuma biar berpada,
biar kudrat memuaskan kata,
agar kata tak tinggal bicara,

fitrah insani,
cinta akan kesempurnaan,
sungguh tiada siapa yang mampu meraih kesempurnaan seperti apa yang dihajatkan,
kerana ia tak pernah puas,
lebih tepat, kerana ia juga seorang insan,

insan,
kamu sebaik-baik ciptaan,
ungkaplah kesyukuranmu,
jangan sekali-kali kufur,
insan,
jangan hanyut,
jangan leka jangan alpa,
mengapa terlalu mencari kesempurnaan?
sedarlah, kesempurnaan hakiki adalah milikNya yang Maha Sempurna,
insan,
kerana kita hambaNya,
kitalah hambaNya,
maka sujudlah menyembahNya,

wahai insan,
kini kau sedar,
kerana hidup ini tak seindah impian,
berpijaklah dibumi,
bercitalah sekadarnya,
kerana di hadapan sana,
sudah ada episod yang menanti watak,
sudah ada "impian" walau ia tidak diimpikan,
kerana aku seorang insan.

11.17 malam,
Rabu, 14 Mac 2012.

p/s: Jangan berputus asa, kerana peluang sentiasa ada. Impian kejayaanMu telah ditentukan. Berimpianlah sekadarnya. Berusaha seboleh-bolehnya. :) InshaAllah. Sama-sama kita.

No comments:

Post a Comment