Saturday 7 June 2014

Download : Terjemahan Ringkasan Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alayhi wa sallam

Alhamdulillah.
Dengan kekuatan dan hidayah yang diberikan oleh Allah azza wa jalla, saya telah menyiapkan terjemahan untuk risalah 'Ringkasan Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alayhi wa sallam' oleh Syeikh Majdi bin Abdil Wahhab al Ahmad.
Risalah ini merupakan ringkasan daripada kitab 'Sifatu Siyamin Nabiy Shallallahu 'alayhi wa sallam fi Ramadhaan' karangan asal oleh Syeikh Ali bin Hasan al Halabi dan Syeikh Salim bin Eid al Hilali.


Dalam terjemahan ini, saya lebih cenderung untuk menterjemah secara muradi berbanding harfiy. Ini bagi memudahkan para pembaca untuk memahaminya. .
Salah satu faktor saya menterjemah risalah ini adalah kerana melihat kepada manfaat yang insyaAllah dapat di ambil dari risalah ini dan juga di samping dalam usaha untuk belajar dan meningkatkan kefahaman bahasa Arab saya.

Oleh itu, saya sangat berharap para sahabat, asatizah atau sesiapa sahaja yang menemui kesalahan dalam terjemahan atau sebagainya agar menegur saya dan menyatakan kesilapan untuk memperbaikinya. Saya amat menghargai sebarang teguran.
Terima kasih kepada Ustaz Mohd Muhammad Zulfadhli dan Ustaz Wan Kamaruzaman Wan Musa yg turut membantu saya untuk memahami teks-teks bahasa arab dalam risalah ini.
Akhir sekali, saya berharap agar Allah 'azza wa jalla menjadikan usaha kecil saya ini bermanfaat untuk diri saya dan juga kaum muslimin yg membacanya. Amin.

Terjemahan risalah tersebut boleh dimuat turun melalui link attachment berikut:
https://drive.google.com/file/d/0B-IPdllTC7g2NlBiYzBFLTRwNkE

No comments:

Post a Comment