Monday 17 October 2011

Mari memerhati dari mataku


Kini, banyak cerita. Sudah lama aku biarkan laman ini kesepian tanpa gema suara yang biasanya lantang kedengaran. Mungkin juga ruang ini sudah berhabuk. Akanku gilap dengan cerita-cerita yang bakal menyusul kemudian.

Jam pada dinding bas menunjukkan pukul 12.30 malam. Aku mengintai tingkap. "Macam kat KB?" hati kecilku membisik. Terus tertanya-tanya mengapa ustaz berhentikan bas ini di sini. KFC Kubang Kerian di kiri. SK Kubang Kerian II di kanan. Mungkin ustaz ingin belanjakan duit lebih untuk makan KFC. Tekak terasa kering. Ah, air! Aku turun dan berjalan ke D-LIMA berdekatan. Air mineral dan topup. Itu yang manjadi hajatku. "Top Up takder dik". Haha, aku tergelak. Biarkan. Sesampai di Kg. Nipah, mataku tertarik kepada adik-adik junior yang berlari lintang pukang bergegas ke dorm masing-masing. "Teng0h maen beghambak bukali."

Keesokan harinya, merupakan antara hari-hari yang paling banyak membuatku tersenyum. Kisahnya biarlah berbuku di tempat yang selayaknya.

Tengah hari. Aku, Musa, Badrul, Ariff Iqbal dan Danial Anuar ke Kota Bharu dengan menaiki teksi yang dipandu oleh Pak Cik Zin. Beliau, berdasarkan apa yang aku lihat merupakan seorang yang cakna akan perkembangan isu semasa. Beliau juga amat menghormati kami walaupun usia kami masih lagi di peringkat awal remaja.


Sesampai kami di KB Mall, destinasi yang pertama dituju ialah Food Court. Ada kisahnya disini minggu lalu. Tak perlu aku ceritakan disini. :) Lapar, perut mengerang. Orang begitu ramai disini.

"Mad, j0m gi 7E, lahap maggi xp0 d0h. K0 guan0? Aq sp0ns0r la.. hehe".

 Aku dan Wan Ahmad turun ke 7 Eleven berdekatan. Melahapnya di secret recipe. Haha! Lawak juga. Aku tak kisah. Ini pengalamanku yang akan menjadi kenangan suatu hari nanti.

"Mad, aku gi Popular meta, n0k ushar buku2 sket. Tercabar ser0."

Di Popular Bookstore KB Mall. Aku terus ke bahagian Biologi. Kata seorang sahabat karibku, akan mesti akan berminat untuk menjadi doktor jika aku betul-betul memahami dan belajar Biologi dan Kimia. Aku membelek buku-buku disini. Haha. Benar! Satu cabaran yang mencabar telah membuat aku berasa tercabar!

Tinggalkan cerita itu di situ. Kita terus ke rumah Wan Ahmad di Kg. Sireh yang terletak berhampiran dengan Tesco dan Sungai Kelantan. Aku, Musa dan Badrul bercadang ingin mengawalkan tiket kami daripada malam Isnin ke pagi Ahad. Tidak ingin menyusahkan Wan Ahmad dan keluarganya. Jutaan terima kasih dan penghargaan aku rakamkan buat Wan Ahmad dan keluarganya kerana sudi melayan kami sebagai tetamu. Kami bermalam di sana. Keesokan paginya aku, Musa dan Badrul bertolak ke Kedah. Seperti biasa. Shamisha K2.

Dari kiri, Khalif(aku), Musa dan Badrul.

Di Terminal Bas Shahab Perdana. Umi Musa datang menjemput kami bertiga dengan kereta Kelisanya. Mungkin kerana terlalu teruja untuk mengenali rumah Musa, kami terus masuk ke dalam kereta tanpa menutup boot kereta di belakang. Kami semua tergelak. Ketawa yang begitu riang. Malu dilihat ramai orang. Pegawai keselamatan datang membantu kami menutupnya. Bayangkan. Haha. Sampai begitu sekali aku menggambarkan keadaan. Aku yang pertama kalinya ke rumah sahabat karibku Musa, berasa agak segan. Mungkin kerana sudah kurang fasih loghat Kedah. Haha. Aku cuba, tapi masih bernada Kelantan. Ya, benar. Kawe Anok Jati Klate!! hehe..


Selepas bermain ping pong beregu bersama-sama, kami ke bendang. Berbual-bual berkongsi cerita. Badrul kelihatan agak resah. Mungkin keletihan atau sedang runsing memikirkan cara untuk pulang ke rumah. 

Umi aku menjemput aku disini. Di rumah Musa.  Sampai sahaja dirumah. Bermacam-macam cerita yang aku rasakan ingin berkongsi dengan umi. Tapi, aku penat. Haha. Aku tidur awal semalam.

Entri kali ini. Agak personal. Maaf, akan aku hiasi entri seterusnya dengan sesuatu yang bermanfaat buat anda. Bersambung ke "Mari memerhati dari mataku Bahagian 2".

Salamullahi 'alaikum :)


2 comments: