Friday 8 July 2011

Mengapa masih menitis?


Di keheningan malam.  Aku terhanyut di lautan alam maya. Letih rasanya mata ini. Mungkin penat bermain ping pong dengan Saudara Lim tadi. Permainan beliau amat mantap! Aku terus hanyut, sehinggalah aku terdampar pada sebuah laman blog yang bertemakan topik-topik yang agak santai dan peribadi diiringi lagu slow rock barat menambahkan rasa hiba dan bersalah yang sudah lama membeku disini. Terus mengorak langkah membaca huruf demi huruf. Perkataaan demi perkataan. Ayat demi ayat. Sehingga aku sendiri tidak menyedari, habis kesuluruhan perkataan yang termaktub disitu telahku tatap dan teliti.



Pelbagai perasaan mengahantui diri aku ketika ini. Aku mengambil langlah berhati-hati untuk menulis blog ini dan meninggalkan blog itu agar tidak tergoda lagi dengan dunia ini. Oh! Lemahnya diriku tanpaMU Ya Rabb! Ya Rabbi! Bantulah aku... 

Ah! Astaghfirullah.. Aku muak melayan perasaan aku ini. Jangan dilayan hasutan syatian laknatullah! Teringat akan ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika Majlis Sambutan Israk wal Mi'raj di Masjid Mukim Nipah, Bachok baru-baru ini. 

"Haa., gitulah perumpam0an, duni0 nih srup0 nga tin0 tu0., acu mikir, jate man0 dok ggil0 k0 tin0 tu0? 0re g0ng bena d0h tuh kalu ggil0 k0 tin0 tu0 gap.,"

Perumpamaan yang dibuat berdasarkan kisah Israk wal Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W tentang usia dunia ini. Benar, kita berada di akhir zaman. Kitalah umat terbaik. Bersykurlah kepada Allah kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Pelbagai perumpamaan yang boleh kita buat dan simpulkan berdasarkan apa yang kita fikir dan perhatikan. Sebagai contoh, seorang pelajar mencabut undi untuk menyertai satu pertandingan kuiz dan mendapati dia peserta yang terakhir. Sudah tentulah dia akan lebih beruntung kerana boleh membuat pemerhatian tentang kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh peserta sebelumnya bagi mengelakkan dirinya mengulangi kesilapan-kesilapan berkenaan. Sama saja dengan keadaan kita sekarang ini. Cuma apa yang berbeza, kita tidak perlu bersusah payah mencari fakta-fakta dan membuat analisa kesalahan  tentang kesilapan-kesilapan umat terdahulu kerana semuanya telah termaktub di dalam Mu'jizat Terbesar Nabi Muhammad S.A.W iaitu Al-Quranul Karim, Kalamullah! 

Pelbagai kisah yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran. Sebagai contoh, kisah Fir'aun yang mengaku tuhan, kisah kaum Nabi Lut, Kaum Thamud dan lain-lain kisah. Allah S.W.T sering mengulangi ayat "LA'ALLAKUM TA'QILUN"
Agar kamu berfikir
"LA'ALLAKUM TAZKURUUN"
Agar kamu mengingati

Semua itu sebagai pengajaran buat kita semua agar berjaya di dunia dan di akhirat insyaAllah. Bi iznihi. Oh ya, esok aku akan ke MTS Al-Muhammadi. Meneruskan perjuangan aku. PMR semakin hamipir, aku masih belum begitu siap. Moga aku dapat mencapai target aku! Insyaallah. Tolong doakan aku ya... Semoga ada balasan dan ganjaran kebaikan buat anda. 

No comments:

Post a Comment