Thursday 7 July 2011

"Adik, tutup aurat bukan sekadar bertudung" Bahagian 2


Hari kedua aku di Kedah. Juga entri kedua yang tertulis pada bulan ini. Pantas sekali masa berlalu. Lusa balik ke asrama. Haha. Satu keajaiban telah berlaku pagi tadi. Dua orang adikku, Nasyuha dan Nurin bangun awal! Hehe. Tak adalah. Bukan bermaksud mereka bangun lewat, cuma hari ini lebih awal dari biasa. 

"Nok gi man0 nih dik? Pakai baju melayu siap nih?" 
"Nok gi skol0h, ad0 ken0 wak pesembahan silat.,"
"Owh., bis0 kakl0h, adik2 al0ng ni dih."



Perbualan tergantung disitu, mereka berdua kalut ribut bersiap untuk ke padang. Umi dan Yana ada di rumah.  Pukul 9 setengah kami ke SMK Jitra untuk menonton persembahan yang diadakan di sana. Pada aku, ayah dan umi merupakan insan yang paling aku kagum dan hormati. Mereka berdua sanggup mengorbankan masa mereka untuk memberi semangat dan dorongan kepada dua orang adikku agar bersungguh-sungguh dalam setiap kerja yang dilakukan.

Ya Allah... Aku tak tahulah. Aku sangka cara pemakaian adik aku sekarag(Maaf ya adik-adik, along tulis je ni) sudah jauh dari apa yang digariskan buat muslimah. Aku amat tak setuju dengan istilah-istilah yang digunapakai oleh sesetengah pelajar perempuan. Ada yang kata "Aku bukan muslimah. Diorang tu muslimah."
Tahukah mereka akan maksud "muslimah" itu sendiri? Ok. Baik. Disini aku kongsi apa yang aku tahu. "Muslim" merupakan Ismul Fa'il(Pelaku/Orang yang melakukan sesuatu perbuatan)
untuk lelaki Islam. Manakala perkataan "Muslimah" ditambah Ta Marbuthoh atau Ta Ta'nith maka ia menjadi Ismul Fa'il(Pelaku/Orang yang melakukan sesuatu perbuatan) untuk perempuan yakni muannath.

Apa yang ingin aku tekankan disini bukan i'rab atau qawa'id nya. Tapi tentang maksud perkataan itu sendiri. Jika pelajar tadi berkata bahawa dia bukan muslimah. Ini bererti dia bukan wanita Islam. Betul tak? Sebab maksud muslimah ialah perempuan Islam. Bukannya seperti yang mereka sangka iaitu wanita yang solehah dan berpurdah. Jadi fikir-fikirkanlah. Jadi disini, mereka pasti akan menarik balik kata-kata mereka tadi dan mengaku sebagai muslimah jika mereka benar-benar faham akan perkara ini. Apabila dia seorang muslimah maka wajiblah keatasnya untuk beramal dengan ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.AW. Hayati dan fahami ayat berikut:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Perhatikanlah. Fikirkanlah. Hayatilah. Beramallah. Ini merupakan ayat yang wajib diamalkan oleh setiap muslimah. Betapa panjangnya ayat ini, menunjukkan agama Islam memuliakan darjat wanita solehah yang benar-benar beriman kepada Allah Azza wa Jalla. Islam itu  TIDAK ZALIM dan tidak menindas kaum hawa seperti yang difitnah oleh puak kuffar. Kita fahami dan hayati ayat sebelumnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Ini pula ayat yang diturunkan buat kaum muslimin. Banyak lagi yang kita perlu pelajari. Semoga kita dapat beramal dengan apa yang kita tahu. Semoga Allah menambahkan ilmu yang bermanfaat buat kita. Semoga kita semua mendapat taufiq, hidayah serta rahmatNya. InsyaAllah. Sama-sama hayati video dan lampiran-lampiran lain buat rujukan kita semua.

p/s: Jangan salah sangka mengapa aku menulis tentang muslimah. Aku tulis khas untuk adik-adikku. Namun boleh dimanfaatkan untuk semua. :) InsyaAllah.




(Klik pada gambar untuk besarkan)

 
(Klik pada gambar untuk besarkan)





1 comment:

  1. Alhamdulillah,
    hidup bukan sekadar tahu,
    tapi untuk memberi tahu
    agar dapat mencetus mampu
    menjaga kau,dia dan aku
    daripd berjauhan dgn DIA yang satu..

    insyaAllah a.long,moga kita sama2 dpt bentuk bi'ah solehah dalam keluarga kita.teruskan dakwah melalui mata pena,
    ~K.IRAH~;)

    ReplyDelete