Thursday 9 June 2011

"Adik, tutup aurat bukan sekadar bertudung" Bahagian 1


Pagi tadi, selepas solat subuh. Aku terlelap di dalam bilikku. Mungkin aku tak cukup tidur kerana sering tidur pada lewat malam kerana online. Aku sendiri tak tahu. Apa yang aku dapat kalau aku online lama-lama. Biasanya, aku akan terus log masuk laman FB aku untuk melihat notification yang ada. Haha! Kalau tak silap aku kadang-kadang saja ada notification di laman FB aku. Biasanya aku akan menonton video ping pong di laman Youtube setelah bosan ber"FB". Aku sendiri. Aku sendiri banyak lalai. Banyak lagho. Terlalu alpa. PMR dah esok wei! Esok! Sedar la! Hafazan Quran dah lama tak bergerak, maksud aku bukan tak bergerak langsung, tapi tak setekun dulu. Mungkin kerana exam pertengahan tahun tempoh hari. Huh! Lupakan.



Di FB, aku terlihat ada segelintir kenalan lama dan tak ketinggalan adik-adik serta sahabat-sahabat sekarang. Mereka terlalu ghairah ber'"FB" hinggakan melanggar batasan pergaulan mengikut syara'. Aku sendiri sudah lali dengan perkara-perkara sebegitu. Manghantar komen, sama ada pada gambar, status, wall post, dan lain-lain tak kira jantina. Itu dulu. Namun kadang-kadang aku tersilap, mungkin kerana terlalu biasa melakukannya dulu. Aku sedang cuba meninggalkan perkara-perkara ini.

"Ala wey, k0men je p0n, bukan wat ape2 p0n.. aela k0 ni, kerek ah,,, bajet cam ustaz, Quran p0n k0 tak khatam agy, b0le blah ah k0.!"

"Eh mg nih.. Kalu nok nasihat 0re, gi cermin diri duluh!! Acu kaba gak etep kit0 tuh gan0,.. Mg wak ug0p.."

"Rilex dlu, kit0 mud0 agy.. mAs0 nih n0k enj0y ny0h... 0re Islam msuk syurga jug0k gan02 p0m"

Macam-macam yang tohmahan yang sering kita terima jika ingin cuba menegur mereka-mereka ini. Kita tidak perlu berdebat dengan mereka. Kita cuma perlu mencegah semampu kita kerana perdebatan boleh membawa kepada perbalahan dan perbalahan boleh menyebabkan umat Islam berpecah belah.

Semua corak pemikiran dan mind set seperti ini harus disangkal. Aku sendiri hairan terkadang, mereka-meraka ini (aku juga tak ketinggalan), terlalu menjadikan hukum-hukum Allah ini suatu yang sukar untuk dilaksanakan. Hei! Hei anak-anak wawasan! Allah cuma mengharamkan untuk kita lihat SATU SAHAJA! SATU SAHAJA! Apa? Itulah aurat. Nak tengok anjing? Tengoklah! Nak tengok kambing? Tengoklah. Hatta sehingga najis itupun TIDAK HARAM untuk dilihat bukan? Renungkanlah... Allah wajibkan kita SOLAT, PUASA, ZAKAT bagi yang berkemampuan.

Mungkin di benak fikiran kita ketika ini sedang tertanya-tanya. Pasti ada hikmah. Apa yang aku nampak mengikut persepsi diriku yang lemah ini. Auratlah punca berlakunya gejala sosial yang semakin merebak kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Pereka fesyen barat mereka bentuk fesyen bertudung tetapi menampakkan bentuk badan. Inilah perancangan Yahudi. Begitu teliti dan teratur. Benarlah pepatah arab berkata, "Perkara haq(kebenaran) yang tak teratur (dirancang sebaik-baiknya) akan dikalahkan dengan yang batil dengan rancangan yang teliti".

Aku rasa setakat ini dahulu kerana sudah pagi. Sekarang 3 pagi 10 Jun 2011. Esok pagi bertolak ke asrama. Pesanku, ""Adik, tutup aurat bukan sekadar bertudung".

Bersambung di Bahagian 2 nanti. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment