Wednesday 8 June 2011

Kenapa dan kenapa?


Waktu terasa semakin berlalu, tinggalkan semua kisah silam di belakang. Seringkali kita dengar, "Jadikan pengalaman lalu sebagai iktibar". Aku terdetik untuk jadikan blog sebagai medium untuk aku nukilkan kisah-kisah yang aku lalui untuk aku semak dikemudian hari dan agar tidak aku ulangi lagi kesilapan yang belaku.

Kita manusia, tak lari daripada melakukan kesilapan. Namun kesilapan inilah yang akan mengajar kita. Mungkin juga ia merupakan salah satu dari cabang-cabang yang Allah jadikan untuk mentarbiyah kepada hamba-hamba yang dikehendakinya. Bersyukurlah Ayyuhal Muslimin!!! Bersyukurlah. Allah amat menyayangi kita dengan sifat Ar-RahmanNya. Mengapa? Kerana kitalah umat yang paling beruntung. Mengapa?? Kerana kita umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu kekasih Allah. Habibullah. Satu hadis shahih buat renungan kita.

Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Semua umatku akan masuk surga pada hari kiamat kecuali mereka yang menolak"
Kemudian sahabat bertanya: "Siapakah yang menolak ya Rasulullah?"
Jawab Nabi saw.:
"Siapa yang taat patuh kepadaku masuk surga, melanggar menentang padaku maka ia yang menolak"
(HR: Ahmad, Bukhari)

Moga kita semua dapat mengambil manfaat daripada blog ini melalui entri-entri yang akan datang. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment