Friday 9 December 2011

Episod Akhir : Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi


Damai sekali rasanya pagi ini. Bunyi hujan renyai-renyai mengiringi suasana yang bercampur riang dan sebak. Ibarat berat tertimpa bulan rasa kaki ini bila cuba mengatur langkah keluar dari tempat ini. MTS Al-Muhammadi. Menyusuri lereng derita ini, teringat saat meniti onak duri bersama. Sayang. Jelas rasa itu dari lubuk sukma ini. 


"Perpisahan ini sunnatullah". Kataku spontan bila sahabat-sahabat berbicara tentang ini. Saudara Ariff Iqbal juga menukilkannya di laman blognya (terima kasih, aku rasa dihargai).Tapi aku sendiri terasa berat. Oh, ini normal. Aku sering teringat kata-kata ayahku. Bila berbicara tentang perasaan, semua yang kita rasa, nervous, takut, sayang, benci, adalah normal. Cuma kita ada cara untuk mengawalnya. Mungkin benar, siapa yang tak punya rasa seperti ini, aku boleh labelkan sebagai "Tak normal". Haha. Bolehkah?

Aku tak rasa seperti banyak yang aku perlu nukilkan. Kerana kadang-kadang, pepatah mat saleh juga boleh pakai. " A picture worth a thousand words". Huhu. Jadi, lihat. Berapa ribu perkataan akanku nukilkan. :P Amatinya dengan penuh penghayatan :) Sungguh tak dapat aku lupakan.

 
Ya, banyak kenangan di musolla ini. Tempat solat, kursus Jenazah, taklimat Dr. Gigi, tengok Movie(Haha berat2), kelas tamik, tempat muzakarah lepas isyak :p hehe.

Model2 ni junior2 form 2. Ish3..

Juga di lorong ini. Huhu. Mungkin banyak kenangan disini kan? Ingat? Lari kelas taranum? hehe. Zaman-zaman nakal. Beratur di Bank Ust Aziz? huhu.


Oh ya, tak lupa juga. Ini padang pasir. Haha.


Di sini. Ha, sini la tempat2 lepak. Dulu, sebelum masuk kelas tasmik, lepak sini laa lepas makan kat kantin. Nak tunggu ustaz halu masuk kelas. Hehehe..


Bila sampai ajal untuk takdak air kat kolah, sini laa tempat kami mandi... Haha.


Ini kantin kami... Wah, sini pun tak kurang juga kenangannya.

Ini pejabat warden kan? Ya. Hehe. Announcement dan sebagainya, semua kat sini la... Ingat tak malam tu? Kat dalam ni? Badrul? Nashran? Hehe. Its ok. Cuma peristiwa. Tiada apa yang perlu diungkit-ungkit. Biarkan ia berkubur disitu.

Ini tempat aku release tension petang-petang. Haha. Ping pong. Aku obses benda ni. Thanks Nazreen sudi teman aku.

Eh, tempat apa ni? Haha. Cuba teka. Hah! Salah. Heheh. Ni laa tempat aku lepak sorang2 kalau nak relax time malam. Sunyi je tempat ni. Huhu.


Ya. Betul. Ini gambar terakhir. Haha. MTSM. Aku yakin. Inshaallah, tempat ini akan melahirkan banyak lagi huffaz yang berkualiti. Inshaallah. Semoga penghijrahan aku ke tempat baru, membawa perubahan ke arah yang lebih baik buat diriku. Mungkin ini pos terakhir aku yang berkaitan dengan MTSM. Huhu. Ok. Sungguh tak akan aku lupakan.

 Jasa para asatizah dalam mendidik kami semua, juga tak terbalas. Di sini aku senaraikan nama Guru Al-Quran sejak dari tahun pertama aku agar aku tak lupa pada mereka,

-Ustaz Nazri bin Shamsuddin Al -Hafiz
-Ustaz Arif bin Yusuf Al -Hafiz
-Ustaz Abdul Aziz bin Che Mat Al -Hafiz
-Ustaz Yusof bin Abd Kadir Al -Hafiz

Semoga Allah merahmati kalian. Jasa mereka tak terbalas. Sahabat, tanggungjawab kita selepas ini semakin besar, menjaga kalamNya.

Semoga kenangan dan peristiwa yang berlaku di sini menjadi pengajaran buat kita :)




3 comments:

  1. assalamualaikum....haha,,ade jugak name aq terpahat dlm post nih...kenangan molep...

    ReplyDelete
  2. Moga UKHUWWAH kita kekal berlanjutan sampai ke SYURGA. Maut sesekalipun takkan dapat memisahkan kita. Insyaallah.

    Kerana, ukhuwwah antara kita dipateri iman. Takkan berai ukhuwwah kita, kecuali dengan gugurnya iman.

    Dna, itu adalah perkara yang takkan sesekali aku biarkan.

    Selamat berjuang, selamat berjuang.

    p/s Mohon izin untuk turut merasa rindu kepada Maahad ini, walau hanya sekali dua ana jejak kaki ke sana. Mohon izin juga untuk merasa rindu kepada entum semua.

    ReplyDelete
  3. :) Terima kasih Abg Muiz. Kami disini sentiasa mendoakan abg Muiz. Kenangan di Tamrin Qiadi MTSY tak akan dapat kami lupakan. Nasihat daripada para fasilitator termasuk Abg Muiz sendiri banyak menjadi pneyebab dalam mendorong kami untuk berubah kepada yang lebih baik.

    Ya, semoga tali ukhuwah ini tak akan pernah putus.

    Doa kami juga sentiasa mengiringi Abg Muiz. Semoga gigih dan cekal mengahadapi dugaan sebagai tarbiah dariNya. InshaAllah.

    ReplyDelete